Friday, 22 February 2013

Minggu 1 : Pengenalan kepada sumber maklumat

Pengenalan kepada MPT1173 dibincangkan. Course outline diserahkan kepada pelajar. Bagi pelajar MPA seperti kami, MPT1173 merupakan bidang yang baru. Dengan helaian pengenalan yang diedarkan, kami hanya mampu mengisikan maklumat asas sahaja tanpa dapat mengenal apakah itu DDC, AACR2, ISBD dan lain-lain. 

Adalah menjadi harapan agar segala ilmu yang diperoleh dapat diterapkan dalam tugasan di sekolah dan memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam meningkatkan prestasi kerja. 

InsyaAllah

Terdapat beberapa jenis perpustakaan yang sedia diketahui; perpustakaan awam, perpustakaan sekolah, perpustakaan negara dan perpustakaan khas (diwujudkan di jabatan/pejabat/pusat2 kajian). Bahan-bahan yang terdapat dalam setiap perpustakaan perlulah mudah untuk disusun dan dicari semula. Di sinilah kegunaan pengkelasan bahan yang berbeza. 

Secara umumnya, operasi perpustakaan melibatkan banyak perkara selain daripada sirkulasi (pinjam-pulang). Bermula dengan perolehan, mengkatalog bahan, sirkulasi, rujukan dan juga automasi. Kelas ini akan membincangkan setiap langkah dengan terperinci bermula dengan sumber2 informasi.

Kategori bahan :


Sumber maklumat
Keterangan
Contoh
Sumber primer
Bahan daripada penulis asal yang tidak ditapis oleh interprestasi atau penilaian
diari, artifak, temubual, gambar


Sumber sekunder
Ditulis selepas fakta dinyatakan dengan interpretasi dan penilaian sumber primer
biografi, abstrak, jurnal



Sumber tertier
Maklumat yang dikumpulkan daripada sumber primer & sekunder
Almanac, encyclopedia




~ Semoga apa yang dikongsi di sini dapat memberi manfaat berguna kepada semua ~

Wednesday, 20 February 2013

Pengenalan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tercipta sudah blog yang diinginkan. Di zaman serba moden ini, blog yang tercipta perlulah mempunyai hala tuju khusus agar dapat membekalkan lebih banyak ilmu yang dikongsi bersama dan memberi manfaat kepada diri sendiri serta orang lain. Dalam blog saya ini, insyaAllah akan saya kongsikan bersama ilmu yang diperoleh di sepanjang kursus MPT1173 : Sistem Pengurusan Sumber Pendidikan yang dibimbing oleh En. Abdul Razak bin Idris dan Dr. Norazrena binti Abu Samah. 

Saya, Aza Abeha binti Adam amat berbesar hati menyertai rakan2 dalam kelas ini. Tujuan blog ini tercipta adalah untuk menghasilkan refleksi dan pandangan terhadap kandungan ilmu yang diperoleh dan juga nota-nota tambahan akan disertakan bersama untuk rujukan bersama. Diharapkan segala perkongsian yang biarpun kecil akan tetapi memberikan impak yang besar pada seseorang.

Sebarang gambar, video atau sumber digital di ambil dari koleksi persendirian ataupun dari carian Google, Yahoo, YouTube dan sebagainya adalah bertujuan murni dan memberi faedah. Segala yang dinyatakan dalam blog ini hanyalah pendapat dari penulis dan tidak semestinya dijadikan sumber utama rujukan. 

Sebarang masalah, pendapat dan pertanyaan akan saya terima dengan hati yang terbuka. 
Sekian. Assalamualaikum