Saturday, 18 May 2013

Minggu 14 : Pengurusan Data & Pangkalan Data

Data merupakan sekumpulan maklumat yang mempunyai nilai kualitatif atau kuantitatif. Data boleh diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk seperti jadual, graf atau carta. Pangkalan data merupakan himpunan maklumat atau data yang banyak dan disimpan dalam satu tempat simpanan data (data repository) yang dikenali sebagai pangkalan data.

Pangkalan data turu ditakrifkan sebagai koleksi data logikal yang berkaitan. Data-data yang berkait antara satu sama lain tersebut dikumpul dan disusun supaya mudah dicapai dan dapat digunakan oleh pengguna dari pelbagai kategori. Perolehan dan penyenggaraan data melibatkan kos yang tinggi hingga memerlukan DBMS (Database Management System). 

Fungsi DBMS adalah :

  1. Simpanan, kemaskini dan dapatan semula - membekalkan pengguna dengan keupayaan menyimpan, mengemaskini dan mendapatkan semula data dalam pangkalan data.
  2. Katalog yang boleh dicapai oleh pengguna - membekalkan satu katalog (kamus data) yang mengandungi perihalan data yang disimpan dalam pangkalan data dan boleh dicapai oleh pengguna.
  3. Sokongan urusniaga - mengkhaskan satu mekanisma dalam mengemaskini urusniaga.
  4. Kawalan serentak - mengmaskini pangkalan data secara serentak
  5. Pemulihan - memulihkan pangkalan data jika berlaku kerosaka pada pangkalan data.
  6. Penguatkuasaan - hanya pengguna yang mempunyai ID atau password sahaja yang dapat mengakses data.
  7. Sokongan komunikasi data - berintegrasi dengan perisisan komunikasi
  8. Perkhidmatan kewibawaan - menyediakan satu kaedah untuk menentukan data dan perubahan ke atasnya memamtuhi peraturan-peraturan tertentu.
Sebelum membina pangkalan data, terdapat beberapa proses perlu dilakukan.
  1. Perancangan data
  2. Analisis keperluan
  3. Rekabentuk sistem
  4. Perlaksanaan
  5. Pengujian
  6. Penyelenggaraan

Saturday, 11 May 2013

Minggu 13 : Database

Pada minggu ini, En. Razak menunjukkan contoh-contoh database yang telah dibina menggunakan MS Access. Dengan terperincinya penerangan kaedah membuat Field bagi database katalog yang akan dihasilkan oleh kumpulan kami nanti dihuraikan. Kemudian, beberapa Table akan dihasilkan bagi mengasingkan data-data mentah bagi bahan dengan perincian bagi penerbit.

Field yang akan terlibat dalam Table yang dikhaskan untuk bahan (Material) adalah :

  1. Tajuk
  2. Pengarang
  3. Entri tambahan
  4. Edisi
  5. Penerbit
  6. Tahun Terbit
  7. ISBN/ISSN
  8. No. Panggilan
  9. Jenis bahan
  10. Deskripsi fizikal
  11. Subjek 1 & 2
  12. Catatan



Field yang akan terlibat dalam Table yang dikhaskan untuk penerbit (Publisher) adalah :


  1. PubID (kod nama bg penerbit yang telah ditetapkan)
  2. PubNAME (Nama penuh bagi penerbit)
  3. PubPLACE (Tempat terbit)

Kedua-dua jadual (Table) yang dihasilkan akan dihubungkaitkan dengan menggunakan Relationship bagi memudahkan kemasukkan data terutama bagi bahan yang mempunyai penerbit yang sama boleh dikaitkan dengan bahan yang lain. 


Bagi mendapatkan panduan tambahan boleh didapatkan di Microsoft Access : Creating Table

Wednesday, 1 May 2013

Minggu 12 : Cuti Hari Buruh (1 Mei 2013)


Pada minggu ini, kuliah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Pekerja.

Tugasan pengkatalogan dilengkapkan agar memudahkan kemasukan data dalam database MS Access pada minggu yang akan datang.

Saturday, 27 April 2013

Minggu 11 : Pengenalan Kepada Database (Microsoft Access)

Pengajaran hari ini memperkenalkan Database menggunakan Microsoft Access yang digunakan dalam Sistem Maklumat Murid di sekolah. SMM yang ditunjukkan boleh digunakan dalam memasukkan data murid, menyimpan data dan memudahkan rujukan semula data-data yang telah disimpan. Pengoperasian yang digunakan amat mudah.

Microsoft Access membenarkan pengguna memasukkan data, menguruskan data dan menghasilkan laporan data yang telah dikumpul. Pengenalan kepada Microsoft Access diberikan :

  1. Table - untuk menambah / edit / delete bahan mentah
  2. Form - untuk menghasilkan paparan yang mesra pengguna bagi tujuan pengisian data mentah
  3. Query - untuk memaparkan keputusan data-data yang telah dikumpulkan mengikut kriteria yang dikehdaki
  4. Report - memaparkan laporan yang dikehendaki daripada Query.
Sebelum data-data mentah dimasukkan ke dalam MS Access, tugasan pengkatalogan perlu dilengkapkan. Maklumat-maklumat yang diperlukan dalam menghasilkan database bagi bahan yang dikumpulkan adalah Tajuk, Pengarang, Penerbit, Tempat Terbit, Tahun Terbit, No. Panggilan, entri tambahan dan deskripsi fizikal. 



Saturday, 20 April 2013

Minggu 10 : Perbandingan antara DDC dan LCC


Perbandingan antara DDC dan LCC

Ciri
DDC
LCC
Digunakan di perpustakaan
Sekolah
Universiti dan kolej
Saiz pengkelasan
Luas (10 kelas)
Lebih meluas (21 kelas); subkategori yang lebih terperinci
Perincian
Subkelas yang merangkumi topic asas
Subkelas yang lebih terperinci
Struktur
Prinsip pembahagian perpuluhan yang digunakan tidak konsisten di antara kelas
Setiap kelas di kembangkan & dikemaskini oleh pakar bidang tersebut
Notasi
Hanya menggunakan nombor
Menggunakan nombor dan huruf (membenarkan lebih banyak kelas dan kategori)
Indeks
Mengumpulkan topik yang sama tidak mengira kelas
Kelas yang tidak konsisten
Kesimpulan
Kurang kategori & konsisten
Pembahagian yang terperinci tanpa konsisten


Rujukan :



Saturday, 6 April 2013

Minggu 8 : Pembinaan Nombor Panggilan

Memahami Nombor Panggilan

Apakah kegunaan nombor panggilan?

  • Setiap buku di dalam perpustakaan mempunyai nombor panggilan yang unik. tujuan utamanya adalah untuk memudahkan pencarian semula bahan. 
  • Kedudukan nombor panggilan :
          
  • Nombor panggilan boleh ditulis dengan cara atas-ke-bawah ataupun kiri-ke-kanan.
  • Nombor panggilan yang menggunakan Pengelasan Perpuluhan Dewey (DDC) menggunakan gabungan gabungan nombor dan huruf bagi tujuan menyusun bahan.
Membaca Nombor Panggilan


Menyusun Nombor Panggilan di rak



Apakah maksud nombor-nombor dalam nombor pangglian?

  • DDC menyusun bahan mengikut subjek. Bahagian pertama nombor mewakili subjek bahan. Huruf pula mewakili nama pengarang/judul. 

Kepentingan mengetahui/memahami nombor panggilan
  • Buku/bahan yang terdapat di perpustakaan perlu disusun mengikut nombor panggilan dan ini akan memudahkan pencarian bahan yang telah ditetapkan mengikut subjek di rak perpustakaan.