Saturday, 27 April 2013

Minggu 11 : Pengenalan Kepada Database (Microsoft Access)

Pengajaran hari ini memperkenalkan Database menggunakan Microsoft Access yang digunakan dalam Sistem Maklumat Murid di sekolah. SMM yang ditunjukkan boleh digunakan dalam memasukkan data murid, menyimpan data dan memudahkan rujukan semula data-data yang telah disimpan. Pengoperasian yang digunakan amat mudah.

Microsoft Access membenarkan pengguna memasukkan data, menguruskan data dan menghasilkan laporan data yang telah dikumpul. Pengenalan kepada Microsoft Access diberikan :

  1. Table - untuk menambah / edit / delete bahan mentah
  2. Form - untuk menghasilkan paparan yang mesra pengguna bagi tujuan pengisian data mentah
  3. Query - untuk memaparkan keputusan data-data yang telah dikumpulkan mengikut kriteria yang dikehdaki
  4. Report - memaparkan laporan yang dikehendaki daripada Query.
Sebelum data-data mentah dimasukkan ke dalam MS Access, tugasan pengkatalogan perlu dilengkapkan. Maklumat-maklumat yang diperlukan dalam menghasilkan database bagi bahan yang dikumpulkan adalah Tajuk, Pengarang, Penerbit, Tempat Terbit, Tahun Terbit, No. Panggilan, entri tambahan dan deskripsi fizikal. 



Saturday, 20 April 2013

Minggu 10 : Perbandingan antara DDC dan LCC


Perbandingan antara DDC dan LCC

Ciri
DDC
LCC
Digunakan di perpustakaan
Sekolah
Universiti dan kolej
Saiz pengkelasan
Luas (10 kelas)
Lebih meluas (21 kelas); subkategori yang lebih terperinci
Perincian
Subkelas yang merangkumi topic asas
Subkelas yang lebih terperinci
Struktur
Prinsip pembahagian perpuluhan yang digunakan tidak konsisten di antara kelas
Setiap kelas di kembangkan & dikemaskini oleh pakar bidang tersebut
Notasi
Hanya menggunakan nombor
Menggunakan nombor dan huruf (membenarkan lebih banyak kelas dan kategori)
Indeks
Mengumpulkan topik yang sama tidak mengira kelas
Kelas yang tidak konsisten
Kesimpulan
Kurang kategori & konsisten
Pembahagian yang terperinci tanpa konsisten


Rujukan :



Saturday, 6 April 2013

Minggu 8 : Pembinaan Nombor Panggilan

Memahami Nombor Panggilan

Apakah kegunaan nombor panggilan?

  • Setiap buku di dalam perpustakaan mempunyai nombor panggilan yang unik. tujuan utamanya adalah untuk memudahkan pencarian semula bahan. 
  • Kedudukan nombor panggilan :
          
  • Nombor panggilan boleh ditulis dengan cara atas-ke-bawah ataupun kiri-ke-kanan.
  • Nombor panggilan yang menggunakan Pengelasan Perpuluhan Dewey (DDC) menggunakan gabungan gabungan nombor dan huruf bagi tujuan menyusun bahan.
Membaca Nombor Panggilan


Menyusun Nombor Panggilan di rak



Apakah maksud nombor-nombor dalam nombor pangglian?

  • DDC menyusun bahan mengikut subjek. Bahagian pertama nombor mewakili subjek bahan. Huruf pula mewakili nama pengarang/judul. 

Kepentingan mengetahui/memahami nombor panggilan
  • Buku/bahan yang terdapat di perpustakaan perlu disusun mengikut nombor panggilan dan ini akan memudahkan pencarian bahan yang telah ditetapkan mengikut subjek di rak perpustakaan.

Saturday, 30 March 2013

Minggu 7 : DDC

DDC (Dewey Decimal Classification)

DDC adalah sistem organisasi pengetahuan umum di dunia perpustakaan. Ia mula disusun oleh Melvin Dewey (1873) dan merupakan sistem klasifikasi yang digunakan untuk menyusun maklumat dalam pelbagai bentuk (cetak atau bukan cetak) di perpustakaan. 

Terdapat 10 kelas utama pengkelasan yang dalam DDC :

000  -  Karya am
100  -  Falsafah, parapsikologi dan ilmu kebatinan, psikologi
200  -  Agama
300  -  Sains kemasyarakatan
400  -  Bahasa
500  -  Sains tulen dan matematik
600  -  Teknologi
700  -  Kesenian dan seni hiasan
800  -  Kesusasteraan
900  -  Sejarah dan geografi

Kenapa kita perlu pengkelasan?
  • Untuk menyusun bahan dengan sistematik berdasarkan bidang ilmu
  • Susunan lebih teratur di rak buku dan memudahkan pencarian semula
Panduan Mengkelas
  1. Tentukan kandungan subjek dan kenal pasti konsep utama bahan yang ingin dikelaskan.
  2. Pilih nombor yang sesuai dari skim pengkelasan.
  3. Jika sesuatu karya itu mengandungi lebih dari satu subjuk atau lebih, pilih satu nombor sahaja, atau pilih nombor yang umum yang meliputi subjek-subjek dan aspek-aspek yang berkaitan.
  4. Pilih satu nombor yang memberi manfaat kepada pengguna bagi sesuatu karya yang boleh dikelaskan delam lebih dari satu nombor.
  5. Kelas mengikut subjek, diikuti dengan bentuk, kecuali bahan sastera di mana bahasa dan bentuk sastera diberi keutamaan.
  6. Gunakan nombor yang paling spesifik jika ada.
  7. Indeks digunakan untuk membantu pengkelas mengesan nombor kelas yang spesifik. Sentiasa semak nombor dalam jadual untuk nombor-nombor yang diperolehi dari indeks.
  8. Kelas di bawah subjek utama jika boleh ditentukan. 
  9. Kelas di bawah subjek yang pertama jika subjek utama tidak dapat dikenalpasti. Bagi skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey, pertama bermaksud kelas yang disebutkan dahulu.
  10. Kelas di bawah subjek umum bagi sesuatu karya yang mengandungi dua subjek atau lebih dan ianya adalah pembahagian-pembahagian kecil sesuatu subjek yang umum.



Rujukan :



Buku 1 :


620.11       Jasmi Hashim.
JAS                  Pemprosesan bahan / Jasmi Hashim. - Skudai , Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 2003.
                         xxii, 203 m.s. : ill. ; 25cm
                         Mengandungi indeks
                         ISBN 983-52-0306-7

                         1. Materials                           I. Judul

Buku 2 :



530          Husin Wagiran.
HUS                  Fizik moden / Husin Wagiran. - Skudai , Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 2003.
                         xii, 221 m.s. : ill. ; 25cm
                         Mengandungi bibliografi dan indeks
                         ISBN 983-52-0278-8

                         1. Physics                           I. Judul


Buku 3 :



760.35       Vinokur, Martin Barry.
VIN                   More than a game : sports and politics / Martin Barry Vinokur. - Westport, Connecticut : 
                        Greenwood Press, 1988.
                        xiv, 155 p. : ill. ; 24cm
                        Includes bibliographical references and index
                        ISBN 0-313-25353-6

                         1. Sports and state               I. Title

Saturday, 23 March 2013

Minggu 6 : Subject Cataloging

Pada minggu ini, kami berbincang mengenai Subject Cataloging yang mana merupakan salah satu daripada tiga kaedah pengkatalogan. Ia merupakan kaedah menentukan subjek bagi setiap bahan. Subjek ini perlulah merujuk kepada authoratative list agar ianya seragam.

Tujuan utama Subject Heading ialah untuk meletakkan bahan dalam kategori yang walaupun berlainan terminologi dan pecahan topik untuk memudahkan pencarian bahan.

Kaedah menganalisis subjek adalah dengan :


  1. Mengkaji bahan yang akan diberikan Subject Heading.
  2. Tentukan beberapa "katakunci" yang boleh mewakili subjek.
  3. Gunakan katakunci sebagai titik mula, cari terma-terma dalam senarai (Library of Congress Subject Headings / Sears List of Subject Headings) untuk kenal pasti heading yang sesuai.
Buku

Vinokur, Martin Barry.
        More than a game : sports and politics / Martin Barry Vinokur. - Westport, Connecticut : Greenwood Press, 1988.
        xiv, 155 p. : ill. ; 24cm.
        Includes bibliographical references and index,
        ISBN 0-313-25353-6

        1. Sports and state.                   I. Title


Jurnal

Matematika : jurnal jabatan matematik. Jilid 20, bil. 1 (Jun, 1985) - Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia 
        (2004).
        Dwitahunan.
        Perpustakaan mempunyai : jilid 20, bil. 1 (Jun, 2004)
        ISSN 0127-8274

        1. Matematik.


CD ROM

Sains KBSM tingkatan 5 : prinsip Bernoulli [CD ROM]. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan, 1999.
        Keperluan minimum sistem : PC Pentium, Windows 95, 
        pemacu cakera, 8MB RAM, SVGA dengan 256 warna, kad 
        suara yang sesuai.

        1. Physics - Bernoulli.

Saturday, 16 March 2013

Minggu 5 : Mengkatalog Jurnal & Bahan Bukan Cetak

Bagaimana?

1. Cara mengkatalog adalah sama dengan buku
2. Entri utama ialah kad judul - nota atau keterangan mengenai isikandungan bahan perlu disebutkan dalam kad
3. Perlu dinyatakan MPD (Material Physical Description).


Contoh :

JURNAL


           


Jurnal teknologi maklumat = journal of information technology, Jilid 1, bil. 1 (Jun, 1989) - Skudai, Johor : 
        Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, UTM.
        Dwi-tahunan
        Perpustakaan mempunyai : Jilid 13, bil. 2 (Disember, 2001) - 
        ISSN 01283790
        1. 


CD-ROM 1


Sains KBSM tingkatan 5 : prinsip Bernoulli [CD ROM]. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan, 1999.
        1 CD-ROM ; sd., col., 12cm + panduan pengguna
        Keperluan minimum sistem : PC Pentium, Windows 95, pemacu cakera, 8MB RAM, SVGA dengan 
        256 warna, kad suara yang sesuai.

        1.



CD-ROM 2





Sains tulen fizik tingkatan 5 : keradioaktifan [CD ROM]. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan, 2004.
        1 CD-ROM ; col. : 12cm + panduan pengguna.
        Keperluan minimum sistem : PC Pentium 100mhz, Windows 98 dan ke atas, 8x kelajuan pemacu 
        cakera, sekurang-kurangnya 32MB RAM, kad suara 8 bit, paparan skrin SVGA 800 x 600.

        1.



CD ROM 3



Mathematics year 3 : length [CD ROM]. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan, 2004.
        1 CD-ROM ; col. : 12 cm + user's guide.
        Suitable for year three pupils based on Mathematics year three syllabus.
        System requirements : Windows 95 or higher, at least 16MB RAM.

        1.