Saturday, 30 March 2013

Minggu 7 : DDC

DDC (Dewey Decimal Classification)

DDC adalah sistem organisasi pengetahuan umum di dunia perpustakaan. Ia mula disusun oleh Melvin Dewey (1873) dan merupakan sistem klasifikasi yang digunakan untuk menyusun maklumat dalam pelbagai bentuk (cetak atau bukan cetak) di perpustakaan. 

Terdapat 10 kelas utama pengkelasan yang dalam DDC :

000  -  Karya am
100  -  Falsafah, parapsikologi dan ilmu kebatinan, psikologi
200  -  Agama
300  -  Sains kemasyarakatan
400  -  Bahasa
500  -  Sains tulen dan matematik
600  -  Teknologi
700  -  Kesenian dan seni hiasan
800  -  Kesusasteraan
900  -  Sejarah dan geografi

Kenapa kita perlu pengkelasan?
  • Untuk menyusun bahan dengan sistematik berdasarkan bidang ilmu
  • Susunan lebih teratur di rak buku dan memudahkan pencarian semula
Panduan Mengkelas
  1. Tentukan kandungan subjek dan kenal pasti konsep utama bahan yang ingin dikelaskan.
  2. Pilih nombor yang sesuai dari skim pengkelasan.
  3. Jika sesuatu karya itu mengandungi lebih dari satu subjuk atau lebih, pilih satu nombor sahaja, atau pilih nombor yang umum yang meliputi subjek-subjek dan aspek-aspek yang berkaitan.
  4. Pilih satu nombor yang memberi manfaat kepada pengguna bagi sesuatu karya yang boleh dikelaskan delam lebih dari satu nombor.
  5. Kelas mengikut subjek, diikuti dengan bentuk, kecuali bahan sastera di mana bahasa dan bentuk sastera diberi keutamaan.
  6. Gunakan nombor yang paling spesifik jika ada.
  7. Indeks digunakan untuk membantu pengkelas mengesan nombor kelas yang spesifik. Sentiasa semak nombor dalam jadual untuk nombor-nombor yang diperolehi dari indeks.
  8. Kelas di bawah subjek utama jika boleh ditentukan. 
  9. Kelas di bawah subjek yang pertama jika subjek utama tidak dapat dikenalpasti. Bagi skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey, pertama bermaksud kelas yang disebutkan dahulu.
  10. Kelas di bawah subjek umum bagi sesuatu karya yang mengandungi dua subjek atau lebih dan ianya adalah pembahagian-pembahagian kecil sesuatu subjek yang umum.



Rujukan :



Buku 1 :


620.11       Jasmi Hashim.
JAS                  Pemprosesan bahan / Jasmi Hashim. - Skudai , Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 2003.
                         xxii, 203 m.s. : ill. ; 25cm
                         Mengandungi indeks
                         ISBN 983-52-0306-7

                         1. Materials                           I. Judul

Buku 2 :



530          Husin Wagiran.
HUS                  Fizik moden / Husin Wagiran. - Skudai , Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 2003.
                         xii, 221 m.s. : ill. ; 25cm
                         Mengandungi bibliografi dan indeks
                         ISBN 983-52-0278-8

                         1. Physics                           I. Judul


Buku 3 :



760.35       Vinokur, Martin Barry.
VIN                   More than a game : sports and politics / Martin Barry Vinokur. - Westport, Connecticut : 
                        Greenwood Press, 1988.
                        xiv, 155 p. : ill. ; 24cm
                        Includes bibliographical references and index
                        ISBN 0-313-25353-6

                         1. Sports and state               I. Title

No comments:

Post a Comment