Pangkalan data turu ditakrifkan sebagai koleksi data logikal yang berkaitan. Data-data yang berkait antara satu sama lain tersebut dikumpul dan disusun supaya mudah dicapai dan dapat digunakan oleh pengguna dari pelbagai kategori. Perolehan dan penyenggaraan data melibatkan kos yang tinggi hingga memerlukan DBMS (Database Management System).
Fungsi DBMS adalah :
- Simpanan, kemaskini dan dapatan semula - membekalkan pengguna dengan keupayaan menyimpan, mengemaskini dan mendapatkan semula data dalam pangkalan data.
- Katalog yang boleh dicapai oleh pengguna - membekalkan satu katalog (kamus data) yang mengandungi perihalan data yang disimpan dalam pangkalan data dan boleh dicapai oleh pengguna.
- Sokongan urusniaga - mengkhaskan satu mekanisma dalam mengemaskini urusniaga.
- Kawalan serentak - mengmaskini pangkalan data secara serentak
- Pemulihan - memulihkan pangkalan data jika berlaku kerosaka pada pangkalan data.
- Penguatkuasaan - hanya pengguna yang mempunyai ID atau password sahaja yang dapat mengakses data.
- Sokongan komunikasi data - berintegrasi dengan perisisan komunikasi
- Perkhidmatan kewibawaan - menyediakan satu kaedah untuk menentukan data dan perubahan ke atasnya memamtuhi peraturan-peraturan tertentu.
Sebelum membina pangkalan data, terdapat beberapa proses perlu dilakukan.
- Perancangan data
- Analisis keperluan
- Rekabentuk sistem
- Perlaksanaan
- Pengujian
- Penyelenggaraan
No comments:
Post a Comment