Saturday, 25 May 2013

Minggu 15 : Form, Query, Report and Relationship

Bagi minggu ini, ahli-ahli kumpulan cuba untuk melengkapkan tugasan yang diberikan oleh En. Razak dengan menghasilkan database bagi pengkatalogan bahan. Tugasan diteruskan dengan pembinaan Form, Query dan Report setelah mempelajari dan melihat contoh database yang ditunjukkan. 


FORM :
  • menjimatkan masa sewaktu memasukkan data ke dalam jadual
Langkah - langkah dalam menghasilkan Form :
  1. Pilih table yang ingin digunakan sebagai form.
  2. Pilih Create -- Forms -- Form
  3. Susun Field dalam aturan yang dikehendaki dengan menyeret ke bahagian tertentu. 
  4. Saiz column boleh diubah mengikut kehendak.
  5. Berikan nama kepada Form dan Save.



Bagi mendapatkan panduan tambahan boleh didapatkan di Microsoft Access : Creating Forms.



Query :
  • memaparkan keputusan pengumpulan data-data mentah yang telah dimasukkan sebelum laporan dihasilkan

Langkah - langkah dalam menghasilkan Query :
  1. Pilih Create -- Query Wizard 
  2. Kemudian pilih Simple Query Wizard -- ok
  3. Pilih field yang akan terlibat dalam Query seperti Tajuk, Pengarang, Penerbit, Tahun Terbit dan lain-lain untuk dipaparkan dalam Query. Field turut boleh dipilih dari Table yang berbeza.
  4. Tekan Next. Namakan Query yang dicipta. Tekan Finish.
  5. Query selesai dicipta untuk rujukan.


Bagi mendapatkan panduan tambahan boleh didapatkan di Microsoft Access : Creating Query.


Report :
  • untuk memaparkan laporan database yang telah dihasilkan.
Langkah - langkah dalam menghasilkan Report :
  1. Pilih Table yang akan digunakan dalam Report. Pilih Create -- Report.
  2. Report boleh diformatkan mengikut kehendak.

Bagi mendapatkan panduan tambahan boleh didapatkan di Microsoft Access : Creating Reports

Database yang telah digabungkan bersama rakan sekumpulan akan dihantar kepada En. Razak pada hari peperiksaan akhir MPT1173.

    Saturday, 18 May 2013

    Minggu 14 : Pengurusan Data & Pangkalan Data

    Data merupakan sekumpulan maklumat yang mempunyai nilai kualitatif atau kuantitatif. Data boleh diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk seperti jadual, graf atau carta. Pangkalan data merupakan himpunan maklumat atau data yang banyak dan disimpan dalam satu tempat simpanan data (data repository) yang dikenali sebagai pangkalan data.

    Pangkalan data turu ditakrifkan sebagai koleksi data logikal yang berkaitan. Data-data yang berkait antara satu sama lain tersebut dikumpul dan disusun supaya mudah dicapai dan dapat digunakan oleh pengguna dari pelbagai kategori. Perolehan dan penyenggaraan data melibatkan kos yang tinggi hingga memerlukan DBMS (Database Management System). 

    Fungsi DBMS adalah :

    1. Simpanan, kemaskini dan dapatan semula - membekalkan pengguna dengan keupayaan menyimpan, mengemaskini dan mendapatkan semula data dalam pangkalan data.
    2. Katalog yang boleh dicapai oleh pengguna - membekalkan satu katalog (kamus data) yang mengandungi perihalan data yang disimpan dalam pangkalan data dan boleh dicapai oleh pengguna.
    3. Sokongan urusniaga - mengkhaskan satu mekanisma dalam mengemaskini urusniaga.
    4. Kawalan serentak - mengmaskini pangkalan data secara serentak
    5. Pemulihan - memulihkan pangkalan data jika berlaku kerosaka pada pangkalan data.
    6. Penguatkuasaan - hanya pengguna yang mempunyai ID atau password sahaja yang dapat mengakses data.
    7. Sokongan komunikasi data - berintegrasi dengan perisisan komunikasi
    8. Perkhidmatan kewibawaan - menyediakan satu kaedah untuk menentukan data dan perubahan ke atasnya memamtuhi peraturan-peraturan tertentu.
    Sebelum membina pangkalan data, terdapat beberapa proses perlu dilakukan.
    1. Perancangan data
    2. Analisis keperluan
    3. Rekabentuk sistem
    4. Perlaksanaan
    5. Pengujian
    6. Penyelenggaraan

    Saturday, 11 May 2013

    Minggu 13 : Database

    Pada minggu ini, En. Razak menunjukkan contoh-contoh database yang telah dibina menggunakan MS Access. Dengan terperincinya penerangan kaedah membuat Field bagi database katalog yang akan dihasilkan oleh kumpulan kami nanti dihuraikan. Kemudian, beberapa Table akan dihasilkan bagi mengasingkan data-data mentah bagi bahan dengan perincian bagi penerbit.

    Field yang akan terlibat dalam Table yang dikhaskan untuk bahan (Material) adalah :

    1. Tajuk
    2. Pengarang
    3. Entri tambahan
    4. Edisi
    5. Penerbit
    6. Tahun Terbit
    7. ISBN/ISSN
    8. No. Panggilan
    9. Jenis bahan
    10. Deskripsi fizikal
    11. Subjek 1 & 2
    12. Catatan



    Field yang akan terlibat dalam Table yang dikhaskan untuk penerbit (Publisher) adalah :


    1. PubID (kod nama bg penerbit yang telah ditetapkan)
    2. PubNAME (Nama penuh bagi penerbit)
    3. PubPLACE (Tempat terbit)

    Kedua-dua jadual (Table) yang dihasilkan akan dihubungkaitkan dengan menggunakan Relationship bagi memudahkan kemasukkan data terutama bagi bahan yang mempunyai penerbit yang sama boleh dikaitkan dengan bahan yang lain. 


    Bagi mendapatkan panduan tambahan boleh didapatkan di Microsoft Access : Creating Table

    Wednesday, 1 May 2013

    Minggu 12 : Cuti Hari Buruh (1 Mei 2013)


    Pada minggu ini, kuliah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Pekerja.

    Tugasan pengkatalogan dilengkapkan agar memudahkan kemasukan data dalam database MS Access pada minggu yang akan datang.

    Saturday, 27 April 2013

    Minggu 11 : Pengenalan Kepada Database (Microsoft Access)

    Pengajaran hari ini memperkenalkan Database menggunakan Microsoft Access yang digunakan dalam Sistem Maklumat Murid di sekolah. SMM yang ditunjukkan boleh digunakan dalam memasukkan data murid, menyimpan data dan memudahkan rujukan semula data-data yang telah disimpan. Pengoperasian yang digunakan amat mudah.

    Microsoft Access membenarkan pengguna memasukkan data, menguruskan data dan menghasilkan laporan data yang telah dikumpul. Pengenalan kepada Microsoft Access diberikan :

    1. Table - untuk menambah / edit / delete bahan mentah
    2. Form - untuk menghasilkan paparan yang mesra pengguna bagi tujuan pengisian data mentah
    3. Query - untuk memaparkan keputusan data-data yang telah dikumpulkan mengikut kriteria yang dikehdaki
    4. Report - memaparkan laporan yang dikehendaki daripada Query.
    Sebelum data-data mentah dimasukkan ke dalam MS Access, tugasan pengkatalogan perlu dilengkapkan. Maklumat-maklumat yang diperlukan dalam menghasilkan database bagi bahan yang dikumpulkan adalah Tajuk, Pengarang, Penerbit, Tempat Terbit, Tahun Terbit, No. Panggilan, entri tambahan dan deskripsi fizikal. 



    Saturday, 20 April 2013

    Minggu 10 : Perbandingan antara DDC dan LCC


    Perbandingan antara DDC dan LCC

    Ciri
    DDC
    LCC
    Digunakan di perpustakaan
    Sekolah
    Universiti dan kolej
    Saiz pengkelasan
    Luas (10 kelas)
    Lebih meluas (21 kelas); subkategori yang lebih terperinci
    Perincian
    Subkelas yang merangkumi topic asas
    Subkelas yang lebih terperinci
    Struktur
    Prinsip pembahagian perpuluhan yang digunakan tidak konsisten di antara kelas
    Setiap kelas di kembangkan & dikemaskini oleh pakar bidang tersebut
    Notasi
    Hanya menggunakan nombor
    Menggunakan nombor dan huruf (membenarkan lebih banyak kelas dan kategori)
    Indeks
    Mengumpulkan topik yang sama tidak mengira kelas
    Kelas yang tidak konsisten
    Kesimpulan
    Kurang kategori & konsisten
    Pembahagian yang terperinci tanpa konsisten


    Rujukan :



    Saturday, 6 April 2013

    Minggu 8 : Pembinaan Nombor Panggilan

    Memahami Nombor Panggilan

    Apakah kegunaan nombor panggilan?

    • Setiap buku di dalam perpustakaan mempunyai nombor panggilan yang unik. tujuan utamanya adalah untuk memudahkan pencarian semula bahan. 
    • Kedudukan nombor panggilan :
              
    • Nombor panggilan boleh ditulis dengan cara atas-ke-bawah ataupun kiri-ke-kanan.
    • Nombor panggilan yang menggunakan Pengelasan Perpuluhan Dewey (DDC) menggunakan gabungan gabungan nombor dan huruf bagi tujuan menyusun bahan.
    Membaca Nombor Panggilan


    Menyusun Nombor Panggilan di rak



    Apakah maksud nombor-nombor dalam nombor pangglian?

    • DDC menyusun bahan mengikut subjek. Bahagian pertama nombor mewakili subjek bahan. Huruf pula mewakili nama pengarang/judul. 

    Kepentingan mengetahui/memahami nombor panggilan
    • Buku/bahan yang terdapat di perpustakaan perlu disusun mengikut nombor panggilan dan ini akan memudahkan pencarian bahan yang telah ditetapkan mengikut subjek di rak perpustakaan.

    Saturday, 30 March 2013

    Minggu 7 : DDC

    DDC (Dewey Decimal Classification)

    DDC adalah sistem organisasi pengetahuan umum di dunia perpustakaan. Ia mula disusun oleh Melvin Dewey (1873) dan merupakan sistem klasifikasi yang digunakan untuk menyusun maklumat dalam pelbagai bentuk (cetak atau bukan cetak) di perpustakaan. 

    Terdapat 10 kelas utama pengkelasan yang dalam DDC :

    000  -  Karya am
    100  -  Falsafah, parapsikologi dan ilmu kebatinan, psikologi
    200  -  Agama
    300  -  Sains kemasyarakatan
    400  -  Bahasa
    500  -  Sains tulen dan matematik
    600  -  Teknologi
    700  -  Kesenian dan seni hiasan
    800  -  Kesusasteraan
    900  -  Sejarah dan geografi

    Kenapa kita perlu pengkelasan?
    • Untuk menyusun bahan dengan sistematik berdasarkan bidang ilmu
    • Susunan lebih teratur di rak buku dan memudahkan pencarian semula
    Panduan Mengkelas
    1. Tentukan kandungan subjek dan kenal pasti konsep utama bahan yang ingin dikelaskan.
    2. Pilih nombor yang sesuai dari skim pengkelasan.
    3. Jika sesuatu karya itu mengandungi lebih dari satu subjuk atau lebih, pilih satu nombor sahaja, atau pilih nombor yang umum yang meliputi subjek-subjek dan aspek-aspek yang berkaitan.
    4. Pilih satu nombor yang memberi manfaat kepada pengguna bagi sesuatu karya yang boleh dikelaskan delam lebih dari satu nombor.
    5. Kelas mengikut subjek, diikuti dengan bentuk, kecuali bahan sastera di mana bahasa dan bentuk sastera diberi keutamaan.
    6. Gunakan nombor yang paling spesifik jika ada.
    7. Indeks digunakan untuk membantu pengkelas mengesan nombor kelas yang spesifik. Sentiasa semak nombor dalam jadual untuk nombor-nombor yang diperolehi dari indeks.
    8. Kelas di bawah subjek utama jika boleh ditentukan. 
    9. Kelas di bawah subjek yang pertama jika subjek utama tidak dapat dikenalpasti. Bagi skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey, pertama bermaksud kelas yang disebutkan dahulu.
    10. Kelas di bawah subjek umum bagi sesuatu karya yang mengandungi dua subjek atau lebih dan ianya adalah pembahagian-pembahagian kecil sesuatu subjek yang umum.



    Rujukan :



    Buku 1 :


    620.11       Jasmi Hashim.
    JAS                  Pemprosesan bahan / Jasmi Hashim. - Skudai , Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 2003.
                             xxii, 203 m.s. : ill. ; 25cm
                             Mengandungi indeks
                             ISBN 983-52-0306-7

                             1. Materials                           I. Judul

    Buku 2 :



    530          Husin Wagiran.
    HUS                  Fizik moden / Husin Wagiran. - Skudai , Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 2003.
                             xii, 221 m.s. : ill. ; 25cm
                             Mengandungi bibliografi dan indeks
                             ISBN 983-52-0278-8

                             1. Physics                           I. Judul


    Buku 3 :



    760.35       Vinokur, Martin Barry.
    VIN                   More than a game : sports and politics / Martin Barry Vinokur. - Westport, Connecticut : 
                            Greenwood Press, 1988.
                            xiv, 155 p. : ill. ; 24cm
                            Includes bibliographical references and index
                            ISBN 0-313-25353-6

                             1. Sports and state               I. Title

    Saturday, 23 March 2013

    Minggu 6 : Subject Cataloging

    Pada minggu ini, kami berbincang mengenai Subject Cataloging yang mana merupakan salah satu daripada tiga kaedah pengkatalogan. Ia merupakan kaedah menentukan subjek bagi setiap bahan. Subjek ini perlulah merujuk kepada authoratative list agar ianya seragam.

    Tujuan utama Subject Heading ialah untuk meletakkan bahan dalam kategori yang walaupun berlainan terminologi dan pecahan topik untuk memudahkan pencarian bahan.

    Kaedah menganalisis subjek adalah dengan :


    1. Mengkaji bahan yang akan diberikan Subject Heading.
    2. Tentukan beberapa "katakunci" yang boleh mewakili subjek.
    3. Gunakan katakunci sebagai titik mula, cari terma-terma dalam senarai (Library of Congress Subject Headings / Sears List of Subject Headings) untuk kenal pasti heading yang sesuai.
    Buku

    Vinokur, Martin Barry.
            More than a game : sports and politics / Martin Barry Vinokur. - Westport, Connecticut : Greenwood Press, 1988.
            xiv, 155 p. : ill. ; 24cm.
            Includes bibliographical references and index,
            ISBN 0-313-25353-6

            1. Sports and state.                   I. Title


    Jurnal

    Matematika : jurnal jabatan matematik. Jilid 20, bil. 1 (Jun, 1985) - Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia 
            (2004).
            Dwitahunan.
            Perpustakaan mempunyai : jilid 20, bil. 1 (Jun, 2004)
            ISSN 0127-8274

            1. Matematik.


    CD ROM

    Sains KBSM tingkatan 5 : prinsip Bernoulli [CD ROM]. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan, 1999.
            Keperluan minimum sistem : PC Pentium, Windows 95, 
            pemacu cakera, 8MB RAM, SVGA dengan 256 warna, kad 
            suara yang sesuai.

            1. Physics - Bernoulli.

    Saturday, 16 March 2013

    Minggu 5 : Mengkatalog Jurnal & Bahan Bukan Cetak

    Bagaimana?

    1. Cara mengkatalog adalah sama dengan buku
    2. Entri utama ialah kad judul - nota atau keterangan mengenai isikandungan bahan perlu disebutkan dalam kad
    3. Perlu dinyatakan MPD (Material Physical Description).


    Contoh :

    JURNAL


               


    Jurnal teknologi maklumat = journal of information technology, Jilid 1, bil. 1 (Jun, 1989) - Skudai, Johor : 
            Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, UTM.
            Dwi-tahunan
            Perpustakaan mempunyai : Jilid 13, bil. 2 (Disember, 2001) - 
            ISSN 01283790
            1. 


    CD-ROM 1


    Sains KBSM tingkatan 5 : prinsip Bernoulli [CD ROM]. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan, 1999.
            1 CD-ROM ; sd., col., 12cm + panduan pengguna
            Keperluan minimum sistem : PC Pentium, Windows 95, pemacu cakera, 8MB RAM, SVGA dengan 
            256 warna, kad suara yang sesuai.

            1.



    CD-ROM 2





    Sains tulen fizik tingkatan 5 : keradioaktifan [CD ROM]. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan, 2004.
            1 CD-ROM ; col. : 12cm + panduan pengguna.
            Keperluan minimum sistem : PC Pentium 100mhz, Windows 98 dan ke atas, 8x kelajuan pemacu 
            cakera, sekurang-kurangnya 32MB RAM, kad suara 8 bit, paparan skrin SVGA 800 x 600.

            1.



    CD ROM 3



    Mathematics year 3 : length [CD ROM]. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan, 2004.
            1 CD-ROM ; col. : 12 cm + user's guide.
            Suitable for year three pupils based on Mathematics year three syllabus.
            System requirements : Windows 95 or higher, at least 16MB RAM.

            1.

    Sunday, 10 March 2013

    Minggu 4 : Entri Utama dan Entri Tambahan

    Tajuk (heading) adalah kata-kata pertama yang dipaparkan dalam entri katalog yang digunakan sebagai panduan pengkatalogan. Entri utama adalah dimana nama individu atau lembaga @ badan koperasi yang bertanggungjawab terhadap penghasilan bahan. Bagi bahan yang mempunyai pengarang tunggal, pengarang berganda dan pengarang campuran (karya editor, penterjemah, dll), nama yang pertama diambli sebagai entri utama dan yang lain sebagai entri tambahan.  

    Dalam menentukan tajuk nama orang yang utamanya pada pemilihan kata utama pada sebuah tajuk entri mempunyai kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Juga bagi bahan bukan cetak. kaedahnya dalah berbeza berbanding bahan cetak. Hingga kini, AACR2 (The Anglo American Cataloging Rules 2) dijadikan buku panduan kepada pengkatalog dalam menentukan deskripsi katalog.

    Dengan melihat tajuk entri utama pada bahagian uatama bagi deskripsi katalog, pengguna akan dapat mengenal / memahami bahan yang dikehendaki di perpustakaan dengan mudah.

    Panduan bagi entri utama dan entri tambahan :





    Rujukan :

    Saturday, 9 March 2013

    Minggu 3 : Descriptive Cataloging

    Proses mengkatalog bahan diteruskan dengan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa membuat entri utama dan entri tambahan dan pemberian contoh-contoh





    Tujuan pengkatalogan deskriptif adalah :

    1. Mengenal pasti bahan & memberi pengenalan bahan yang diproses agar dapat memberi maklumat ringkas mengenai bahan kepada pembaca yang mencari bahan.
    2. Memberikan karakter pada bahan agar memudahkan pemilihan bahan oleh pembaca.
    3. Menempatkan entri pada tajuk yang paling menguntungkan pembaca.

    Kemudian, kami bergerak ke Perpustakaan Fakulti Pendidikan untuk melakukan penulisan entri seperti yang telah diterangkan. 


    Buku 1 :

      

    Massie, Joseph L.
           Essentials of management / Joseph L. Massie. - 4th ed. - Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, 1964.
           xvi, 301p. : ill. ; 23cm.
           Includes bibliographical references and index, 
           ISBN 0-13-286337-5
          1.                                                   I. Title


    Buku 2 :



    Roslan Abd. Rahman
           Mekanik mesin : teori, contoh penyelesaian dan masalah / 2. Che Abas Che Ismail. 3. Mohd Yunus Abdullah. - Edisi ketiga. - Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 2001.
           xii, 304ms. : ill. ; 25cm.
           Mengandungi bibliografi dan indeks, 
           ISBN 983-52-0225-7
           1.                                                    I. Judul



    *Tips : Maklumat-maklumat bagi entri utama dan tambahan perlu merujuk "title page" bukan kulit buku.

    Monday, 4 March 2013

    Minggu 2 : Cataloguing

    Satu set soalan yang diberikan sebagai tugasan telah dilengkapkan. Dapatan tugasan adalah seperti berikut :

    1. How do you locate materials in the library ?
    Langkah 1 : Pencarian bahan dengan merujuk sistem INFOLAN PSZ.
    Langkah 2 : Sistem akan memberitahu cara pencapaian bahan (no. panggilan) dan availability.
    Langkah 3 : No. panggilan akan menunjukkan lokasi bahan di PSZ.

    2. How do you know that certain materials that you are looking for are available in the library ?
    Dengan menggunakan kemudahan sistem INFOLAN di PSZ, ia akan memaparkan availability bahan yang dicari.

    3. What information is given about the library materials ?
    Judul, jenis bahan, kata kunci (keyword), subjek, division, pengarang, sumber, SNN, DOI, nombor panggilan, penerbit, tarikh terbit.

    4. Are there any tools/schemes used for such information/data in #2 can be generated ?
    Sistem automasi INFOLAN digunakan. Selain itu, boleh juga merujuk kepada indeks dan katalog.

    5. How the materials arranged on the shelves ?
    Bahan-bahan disusun di rak mengikut nombor panggilan yang telah ditetapkan bagi setiap bahan. 

    6. What is/are schemes used for that such arrangement can be made?
    Jika di perpustakaan sekolah, sistem klasifikasi Dewey digunakan. Jika di PSZ, sistem klasifikasi Library of Congress digunapakai.

    7. Are there different shelves / area for different types of material? (AV, Journals, Large books, special collections)
    Ya. Terdapat rak/kawasan yang berbeza bagi bahan yang berbeza. Buku yang tinggi melebihi 28cm akan ditempatkan di rak yang lain bersama-sama buku yang tinggi berbanding buku yang tinggi kurang daripada 28cm. Di no. panggilan akan tercatat "f" sebagai folio disebabkan ketinggiannya. 



    Perbincangan yang terperinci juga melibatkan penjelasan mengenai Descriptive Cataloging  yang kelihatan amat rumit dengan penggunaan simbol2 dan peraturan2 yang perlu dipatuhi. Kuliah bersambung minggu hadapan......


    Friday, 22 February 2013

    Minggu 1 : Pengenalan kepada sumber maklumat

    Pengenalan kepada MPT1173 dibincangkan. Course outline diserahkan kepada pelajar. Bagi pelajar MPA seperti kami, MPT1173 merupakan bidang yang baru. Dengan helaian pengenalan yang diedarkan, kami hanya mampu mengisikan maklumat asas sahaja tanpa dapat mengenal apakah itu DDC, AACR2, ISBD dan lain-lain. 

    Adalah menjadi harapan agar segala ilmu yang diperoleh dapat diterapkan dalam tugasan di sekolah dan memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam meningkatkan prestasi kerja. 

    InsyaAllah

    Terdapat beberapa jenis perpustakaan yang sedia diketahui; perpustakaan awam, perpustakaan sekolah, perpustakaan negara dan perpustakaan khas (diwujudkan di jabatan/pejabat/pusat2 kajian). Bahan-bahan yang terdapat dalam setiap perpustakaan perlulah mudah untuk disusun dan dicari semula. Di sinilah kegunaan pengkelasan bahan yang berbeza. 

    Secara umumnya, operasi perpustakaan melibatkan banyak perkara selain daripada sirkulasi (pinjam-pulang). Bermula dengan perolehan, mengkatalog bahan, sirkulasi, rujukan dan juga automasi. Kelas ini akan membincangkan setiap langkah dengan terperinci bermula dengan sumber2 informasi.

    Kategori bahan :


    Sumber maklumat
    Keterangan
    Contoh
    Sumber primer
    Bahan daripada penulis asal yang tidak ditapis oleh interprestasi atau penilaian
    diari, artifak, temubual, gambar


    Sumber sekunder
    Ditulis selepas fakta dinyatakan dengan interpretasi dan penilaian sumber primer
    biografi, abstrak, jurnal



    Sumber tertier
    Maklumat yang dikumpulkan daripada sumber primer & sekunder
    Almanac, encyclopedia




    ~ Semoga apa yang dikongsi di sini dapat memberi manfaat berguna kepada semua ~